| setiap org mesti syok punye apabila tiba hari lahir.yelah...hari tulah kita dapat banyak hadiah, makan best-best.kena pula kalo kita berjalan terserempak ngan kawan2 yg masing-masing mengucapkan selamat hari lahir.terasa semua orang mengambil berat pasal diri kita.dalam kita seronok ngan semua tu tak teringat ke kita kat mak kita.pernah tak kita berterima kasih kat ibu kita yang bersusah payah melahirkan kita pada haribulan itu? pernah tak kita terharu ngan ibu kita yang bergadai nyawa melahirkan kita?rasa-rasanya apa perasaan ibu kita apabila kita menyambut hari lahir tanpa berterima kasih padanya?pada saya, saya rasa ibu tentu tak kisah sekiranya anaknya tidak teringatkan dirinya setiap kali tibanya tarikh itu.kerana apa?kerana dia adalah seorang ibu...bagi seorang ibu sudah memadai sekiranya anak yang dilahirkannya gembira dan berjaya dunia akhirat.tak percaya?tanya ibu sendiri... jadi bagi anda yang sedang berseronok menyambut hari lahir ngan kengkawan,(tak salah kalo sambut ngan kawan tapi jgn sampai lupa pada tuhan) pulanglah & kucuplah tangan ibu anda.kalo ibu anda hairan...(yelah, selama ini anda tak pernah buat camtu...) cakap kat ibu anda..."pada hari lahir yang patut di raikan ialah ibu yang bersusah payah kerana saya..." rasa-rasanya korang setuju tak kalo kita sambut hari lahir kita untuk ibu kita?yelah,hari tu cuma menunjukkan yang kita makin tua...ye tak? bukannya apa pun.sedangkan nabi pun tak pernah sambut hari lahirnya sendiri apatah lagi kita |
Isnin, 18 April 2011
selamat hari lahir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan