Jumaat, 15 April 2011

Orang Kata

ORANG KATA.. enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti taubatlah.
ATUK KATA.. orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study..past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA.. exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut, kalau ajal..entah bila siapapun tak tahu, byk pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. have fun o­n your birthday, panggil kekawan and sedara mara, berpartylah sepanjang malam, make it a memorable o­ne!!
ATUK KATA.. setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat.. baru hati puas!
ATUK KATA.. ye ke hati dah puas?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA.. successful people have a good time management, ada bisnes di KL, new york, tokyo.. masih sempat berkempen utk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!

ATUK KATA.. setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi.. ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? ada masa ke nak jenguk/telefon ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

-- MEH CUBA---

Pegi amik calculator... 

1) masukkan 3 digit pertama nombor henset korang (tak yah  012/013/016/019...) 

2) darab 80 

3) campur 1 



4) darab 250

5) campur 4 digit terakhir no henset korang

6) campur lagi sekali 4 digit terakhir no henset korang

7) tolak 250

8) bahagi 2


Kenal tak phone number nie?

~ Secara Kebetulan ~

LUMRAH SEBUAH KEHIDUPAN

Kehidupan di dunia tak lari dari sebarang masalah..
ada masa KEMANISAN kunjung tiba,
ada masa KEPAHITAN bertandang jua..

KECEWA, DERITA adalah lumrah kehidupan..
Tetapi bangunlah..bangkitlah kerana kekecewaan itu ibarat jalan untuk menguji keredhaan kita di atas UJIAN ILAHI.
Tanpa dugaaan dan kekecewaan, manusia tak akan sedar ada HIKMAH yang tersembunyi.

Jika diikut rasa hati, kecewa itu membawa kita hanyut dalam gelombang derita...
Banyakkan muhasabah diri..hitung apa yang kita lakukan pada kehidupan yang lampau..mungkin ada kesilapan, kekurangan atas perbuatan kita.
Dan..ingatlah..setiap apa yang berlaku tersembunyi HIKMAH yang tak ternilai harganya..

FIKIR-FIKIRKANLAH SEJENAK..ADAKAH KITA REDHA ATAS DUGAAN ILAHI..

" TENANGKANLAH HATI DALAM WAKTU TERTENTU, KERANA JIKA HATI ITU MERASA LETIH, IA AKAN MENJADI BUTA "

PERSAHABATAN itu lebih unggul dari PERCINTAAN
kerana tanpa PERSAHABATAN, PERCINTAAN berakhir
tetapi tanpa PERCINTAAN, PERSAHABATAN lebih bermakna..

"Penyokong Ber 1"