Politik yang diamalkan di negara kita pada hari ini merupakan cara politik yang diamalkan di negara barat.Ia telah diambil dari tamadun Greek di Rome yang mana ia telah wujud sebelum tamadun Islam lahir lagi.Melalui sistem politik ini,sebahagian daripada pejuang-pejuang Islam di Malaysia telah menggunakannya untuk memperjuangkan dan mendaulatkan agama Islam.Oleh sebab itu,tidak hairanlah munculnya parti-parti politik Islam yang juga berada di bawah sistem politik ala Rome ini.Perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia,malah turut berlaku di negara-negara lain yang mengamalkan sistem politik ini seperti di Pakistan,Mesir,Bangladesh,Algeria dan lain-lain lagi.
Kita hendaklah menggunakan cara yang telah diredhai oleh Allah seperti contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.Rasulullah s.a.w itu merupakan sebaik contoh kepada umat manusia.Cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah dalam menegakkan pemerintahan Islam merupakan kaedah yang diredhai oleh Allah dan kaedah yang telah Allah redhai tentulah layak untuk mendapatkan kemenangan.Sekiranya kita melihat kembali kepada perjuangan Rasulullah,ia bermula dengan mengajak manusia supaya beriman.Dan apabila melihat dalam konteks Malaysia,kita mestilah mengajak secara berhemah kepada orang Cina dan India(non-Muslim) supaya beriman seterusnya menghayati nilai-nilai dan akhlak yang mulia.Perjuangan Rasulullah yang utama adalah untuk membetulkan keimanan manusia dan membentuk akhlak mereka.Mendapatkan kuasa pemerintahan bukanlah merupakan keutamaan dalam Islam.Oleh sebab itulah nabi tidak diturunkan bersama dengan bala tentera dan kelengkapan perang yang canggih bagi membantunya mendapatkan kuasa,malah Nabi sendiri telah dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan yang lemah dan juga yatim piatu.