Isnin, 2 Mei 2011

Suarakanlah HAWA Buatku ADAM...

ADAM... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah HAWA, temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa aku mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.. ADAM... Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada bilangan kaummu di akhir zaman, inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.. jika bilangan kaumku sedikit dari bilangan kaummu, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, sesama ADAM bermusuhan kerana HAWA. Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu cicitnya. Pun begitu, maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih daripada satu, tapi tidak lebih dari satu waktu. ADAM... Bukan kerana ramai isterimu yang membimbingkan aku. Tidak kerana sedikitnya yang merunsingkan aku. Tapi, aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkah lakumu. Kau sejak dahulu lagi tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara sebenarnya. ADAM... Aku tahu bahawa kau tahu dalam Al-Qu'ran ada ayat yang menyatakan "kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita.." kau diberi amaran untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, mengawasi dan menjaga aku agar aku sentiasa dalam redha Tuhanmu dan Tuhanku. Tapi ADAM, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku ini?? Aku dan kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Jalan-jalan, pasar-pasar dan bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar rumah, maka seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung rambut ke hujung kaki. Tapi realiti dan hakikatnya kini, HAWA telah berbuat lebih dari apa yang patut.



Cinta Ilahi Bukan Sekadar Lakaran Puisi...

“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta. “Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain. Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan? Cinta Ilahi? Tiada lagi cinta lelaki? Wanita gila harta? Hanya Allah sahaja yang ’setia’? Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada 'buayafriend' mahu jatuh hati kepada 'gelifriend', atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa? Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata. Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

Wahai Wanita...

"Kasihilah diri dengan menjadikn dirimu berharga, nilaimu terletak pd harga diri yang hanya sanggup dibayar, oleh seseorang lelaki dengan harga KEJUJURAN... Biar terlewat kerana bersikap memilih, daripada tersalah pilih.. Biar hidup sendiri dan seksa membina PAHALA daripada berdua tetapi menjadi pencetus DOSA ke Neraka... Biar hidup sendiri dan masih kekal SERInya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang HARGA DIRI... Biar menjadi rama-rama dengan sayap yang terbang dan indah, dari kelkatu yang menerjah..."

"Penyokong Ber 1"