Isnin, 2 Mei 2011

Suarakanlah HAWA Buatku ADAM...

ADAM... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah HAWA, temanmu yang kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa aku mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.. ADAM... Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada bilangan kaummu di akhir zaman, inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.. jika bilangan kaumku sedikit dari bilangan kaummu, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, sesama ADAM bermusuhan kerana HAWA. Buktinya sudah cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu cicitnya. Pun begitu, maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih daripada satu, tapi tidak lebih dari satu waktu. ADAM... Bukan kerana ramai isterimu yang membimbingkan aku. Tidak kerana sedikitnya yang merunsingkan aku. Tapi, aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkah lakumu. Kau sejak dahulu lagi tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara sebenarnya. ADAM... Aku tahu bahawa kau tahu dalam Al-Qu'ran ada ayat yang menyatakan "kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita.." kau diberi amaran untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, mengawasi dan menjaga aku agar aku sentiasa dalam redha Tuhanmu dan Tuhanku. Tapi ADAM, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku ini?? Aku dan kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Jalan-jalan, pasar-pasar dan bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar rumah, maka seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung rambut ke hujung kaki. Tapi realiti dan hakikatnya kini, HAWA telah berbuat lebih dari apa yang patut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Penyokong Ber 1"