Khamis, 21 April 2011

WANITA MEMANG TAK GUNA...

PEREMPUAN MEMANG TAK GUNA..............
1. Perempuan memang tak guna kain yang nipis
untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya.
Kerana dia tahu,bahawa pakaian seperti itu
adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng
utk dililitkan pada kakinya.
Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi
tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain,
lebih-lebih lagi lelaki JAHAT.
Dia tahu sekiranya dia memakainya juga
dia telah melanggar larangan Allah
dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi
yang baunya semerbak.
Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau
yang amat tinggi
kerana kadar kemeruwapannya tinggi.
Biasanyakekuatan bau ini
menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol
(secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu.
Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini
tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi.
Sabdajunjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn
memakai wangian, adalahseperti pelacur.
Bukan tidak boleh berwangi-wangi
tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian .

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji,
kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji
adalah mereka yang rendah akhlaknya .
Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan
perkataan yang buruk @ jahat,
adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya.
Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk
dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan memang tidak guna masa berborak
untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya
atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya.
Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat
baik lelaki atau perempuan dia
seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita
dalam firmanNya ayat 12.surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi,
apabila memakainya diselempangkannya
sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya .
Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki
yang jahat yang terkena panahan syaitan.
Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya
sehingga menutup alur lehernya
dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya.
Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah
tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.
Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami
mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa
yang boleh menggoda seorang lelaki .
Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya,
bercakaplah dengan tegas.
Jangan biarkan suara lentukkan
untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya.
Bertegaslah dalam percakapan,
jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki
sehingga menjadi fitnah buatmu.
Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk
yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya)
dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab.
Makna ayatnya lebih kurang begini
"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga
berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya
dan ucapkanlah perkataanyang baik"
'Tunduk' disini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan
keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka.
"Penyakit dlm hati"adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan
perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina.
Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up
untuk menonjolkan kejelitaannya
melainkan di hadapan suaminya sahaja.
Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) keranasemestinya kecantikannya adalah hak ekslusif
yang mesti dipersembahkan kepada suaminya.
Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek.
Jangan bersolek sehingga cantiknya anda
sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu.
Hendak bergincu?
Jika bergincu,pakailah yg tidak menyerlah warnanya.

9. Perempuan memang tidak guna kain tudung yang jarang-jarang
seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik .
Kerana apabila memakai tudung seperti ini,
akan nampak juga bahagian yang
sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.
Rambut adalah mahkota,
tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga'
dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan.
Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar,
dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya,
maka demikian juga dengan rambut wanita.
Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan
pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan
untuk memakainya dengan cara yang terbaik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Penyokong Ber 1"