KELUHAN SI TERUNA... Ayah ! Ibu ! Tolonglah aku ! Aku ingin kahwin, Tapi tak mampu! Nak buat kecil-kecilan, Ibu tak setuju. Apa nak buat, sudah nasibku. Despatch rider, pekerjaanku Gajiku pulak, tak sampai seribu.. Tapi bakal isteriku tu, cikgu Mak dia mintak hantaran, sampai sepuluh ribu !! Hai.. Aku pun tak tahu.. Apa nak jadi, dengan bangsaku. Makin jauh dan tenggelam, Dalam keduniaan dan pembaziran. Sampai nak kahwin pun, Jadi satu kesusahan. Aku bukan pelokek, Aku bukan kedekut, Tapi kalau mahal sangat, Memanglah tak patut ! Bersanding Apasallah kita ni, dungu ? Kitakan dah Islam.. Beratus tahun dahulu ? Kenduri kahwin tu, bukannya salah Asalkan dibuat, mengikut sunnah Takde pembaziran, takde bid'ah Lebih gembira, lebih meriah ! Kalau duit tu, kita buat sedekah Dirikan masjid ke, atau madrasah Kan lebih baik, dan barakah ? Mendekatkan kita, kepada Allah ? Aku nak kahwin, dan merasa bahagia.. Nikmat bekeluarga, ingin kurasa Tapi kalau begini, macam mana ? Boleh jadi papa kedana ! Hai Muslim.. Hai Muslimah.. Bilakah kita, akan berubah ? Ikutilah cara Rasulullah.. Kan lebih baik, dan diberkati Allah ? KELUHAN SI DARA..... Ayah ! Ibu ! Ampunkan Daku ! Bukan Ku Sengaja, Bukan ku Tak Mahu ! Kahwin itu besar pengertiannya Bukan sekadar suka-suka Semua orang kahwin minta bahagia Aku pun mahu berteman juga Bukan harta benda ataupun rupa Mahupun bujang atau yang duda Aku tak kisah tua ke muda Asalkan baik hati budinya Ku cuba cari teman sejati Yang memahami hati ini Seorang yang berjiwa murni Teguh peribadi dan positif personaliti Seorang Muslim yang solehah Gaya hidup mengikut Sunnah Menjadi contoh anak isteri Membimbing keluarga yang mithali Duit hantaran dan persandingan Itu semua bukan jaminan mahligai dunia akan aman Yang penting pernikahan Adat resam mesti dijaga Asal tidak melanggar Aqidah Ramai Melayu masih lupa Bersanding - dalam Islam memang bercanggah Buatlah majlis yang sederhana Ijab kabul biar sempurna Pasangan mempelai diraikan bersama Sebagai pengumuman pada semua Duit hantaran jangan dibazirkan Buat simpanan masa hadapan Suami isteri harus muafakat Agar ekonomi keluarga terselamat! Wahai Ayah ! Wahai Ibu ! Ku mohon doa ku mohon restu Biar pun lambat jodoh ku temu Asal bahagia berkekalan sepanjang hayat ku |
Selasa, 12 April 2011
Keluhan teruna dan dara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan